Pinjaman Pengajian

Tujuan

Meningkatkan Modal Insan dikalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan anak-anak tani untuk melanjutkan pendidikan ke peringkat Sijil hingga Ijazah Lanjutan di dalam dan luar negara yang diiktiraf di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kelayakan Pemohon / Peminjam

• Warganegara Malaysia berumur 18 – 40 tahun
• Kemasukan baru atau yang sedang menuntut di IPTA / IPTS

(Pemohon yang belum berkerja perlu memohon secara Pinjaman Bersama dan umur peminjam bersama adalah tidak melebihi 60 tahun pada tarikh matang pinjaman)

Jumlah Pinjaman : Sehingga 100% daripada keperluan

Had Pinjaman : RM1,000.00 – RM100,000.00

Kadar Faedah : 2% + BLR setahun atas baki bulanan (Sistem Konvensional)

Tempoh Pinjaman : Sehingga 10 Tahun

Tempoh Penangguhan

• Sehingga 48 bulan atau 3 bulan selepas tamat pengajian (yang mana terdahulu)
• Faedah perlu dikemaskini secara bulanan semasa tempoh penangguhan

Cagaran / Jaminan

• Pinjaman <RM50,000 - Tidak perlu cagaran/jaminan
• Pinjaman >RM50,000.00 - Cagaran yang bersesuaian atau 1 orang penjamin yang berpendapatan melebihi RM1,000.00 sebulan.

Bayaran Balik Pinjaman

• Potongan gaji Biro Perkhidmatan Angkasa atau Arahan Majikan
• Arahan pembayaran (S.I)
• Debit akaun atau Cek tertunda