Wednesday, 13 December 2017
Kenali Pengasas
Written by Administrator    Sunday, 02 August 2009 02:34    PDF Print E-mail
Profesor Dr. Razali Hj. Nawawi
Pengerusi
Akademi Al-Qur'an - Medic Malaysia

Kelayakan Akademik / Professional:

Diploma (Pendidikan), Ein Shams
Diploma (Undang-Undang), London
M. A. (Perbandingan Agama), Birmingham
M. A. (Shari’ah), Al-Azhar
Ph.D (Undang-Undang Islam), IIUM

 

 

 

Peribadi

Y.Bhg. Professor Dr Razali Hj Nawawi dilahirkan pada 17 April 1940 di Pasir Mas, Kelantan. Beliau yang lebih selesa dengan panggilan Ustaz Razali merupakan mantan Dekan di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga mantan Dekan pertama di Fakulti Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Bertemu dengan suri hidupnya Hajah Saadah Ibrahim pada tahun 1969 ketika beliau menuntut di Universiti Al-Azhar Mesir dan dijodohkan pada tahun 1970. Kini beliau dikurniakan 7 orang cahaya mata dan 6 orang cucu.

Pendidikan

Ustaz Razali mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pasir Mas, dan kemudian berjaya menempatkan diri di Maahad Muhammadi, Kelantan. Selepas mendapat keputusan cemerlang dalam STU & SPM (1959) beliau memulakan pengembaraan ilmunya di Kolej Islam Malaya bagi mengikuti Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (1960-1963).

Berbekalkan ijazah pertamanya, Ustaz Razali melangkahkan kaki menuju ke menara gading di bumi anbiyaa' Mesir pada 11 November 1964untuk melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah di Universiti Al-Azhar (1964-1966). Kemudian, beliau melengkapkan pengajiannya dengan mengambil jurusan Diploma Pendidikan di Ein Shams selama setahun (1967).

Pada 11 November 1967, kembara pencarian ilmunya telah menelusuri Kota London untuk mengikuti pengajian Diploma Pasca Siswazah Undang-undang di London University (1967-1969). Selesai diploma, Ustaz Razali menuju ke Kota Birmingham pula untuk melanjutkan pengajian sarjana keduanya dalam jurusan Ijazah Sarjana (M.A.) Perbandingan Agama di Birmingham University (1970-1971).

11 November 1971 merupakan tarikh kepulangan Ustaz Razali ke tanah air lalu memulakan khidmatnya dalam bidang akademik, dan beliau meneruskan lagi kembara ilmunya yang terakhir di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia untuk melengkapkan Ijazah Doktor Falsafah (PHD) Undang-undang (1992-1993).

 

Kerjaya

Selesai Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di Kolej Islam Malaya pada tahun 1963, Ustaz Razali pernah bertugas sebagai tenaga pengajar di Sekolah Tinggi Setapak selama 8 bulan (Januari - Ogos 1964) sebelum beliau berangkat ke Mesir.

Bidang perguruan sememangnya sebati dengan jiwa beliau. Setelah pulang ke Malaysia, beliau mula berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam (1971-1980). Setahun berkhidmat, beliau ditakwillkan sebagai Dekan Pengajian Islam dan juga Ketua Bahagian Syariah (1972-1980). Kemudian, beliau dilantik menjadi Professor Madya di fakulti tersebut (1980-1983).

Seterusnya, beliau berhijrah ke Universiti Islam Antarabangsa di awal penubuhan universiti tersebut dan mula berkhidmat sebagai Professor Madya merangkap Dekan di Fakulti Undang-undang Ahmad Ibrahim (1983-1993). Kemudian, setelah pengajiannya dalam bidang Ijazah Doktor Falsafah (PHD) Undang-undang selesai, beliau dilantik menjadi Professor di fakulti tersebut sehinggalah beliau menamatkan perkhidmatannya pada 31 Disember 2008.

Setelah 36 tahun menjadi pensyarah, kini beliau berkhidmat sepenuh masa di Akademi Al-Qur'an - Medic Malaysia sebagai Prinsipal bagi meneruskan perjuangannya di bidang akademik.

 

Penglibatan NGO

Ustaz Razali telah menubuhkan sebuah persatuan pelajar di London yang dipanggil Malaysian Islamic Student Group (MISG) pada tahun 1968.

Kemudian beliau ditakwilkan menjadi Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang pertama pada tahun 1971.

Pada tahun 2008, beliau menubuhkan Akademi Al-Qur'an - Medic Malaysia setelah mendapat persetujuan untuk membuat perjanjian Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Universiti Al-Azhar.

Last Updated ( Monday, 16 March 2015 09:42 )