Wednesday, 13 December 2017
FAQs
Written by Administrator    Thursday, 03 June 2010 02:48    PDF Print E-mail

Soalan-soalan lazim yang biasanya menjadi pertanyaan ibu bapa dan pelajar:-


1-      Apakah syarat minima untuk permohonan ke Mesir?

>> Anda mestilah memenuhi syarat terkini yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sekiranya anda tidak menepati syarat minima tersebut, anda boleh berhubung dengan pihak AQM untuk mendapatkan kunsultasi, nasihat ataupun pandangan lain samaada meneruskan pengajian dalam bidang yang anda minati ataupun beralih kepada bidang yang bersesuaian dengan keputusan SPM / kelayakan anda.


2-      Jadi, jika saya tidak memenuhi syarat minima KPM, adakah bermakna secara automatiknya saya ‘Tidak Layak’?

>> Ya, secara dasarnya anda tidak layak.

Namun, AQM menasihatkan agar anda mendapatkan info semasa daripada pegawai kami agar anda tidak ketinggalan dengan perkembangan dan kemaskini berkaitan urusan melanjutkan pengajian ke bidang yang anda minati.


3-      Apakah terdapat bantuan kewangan untuk permohonan melanjutkan pelajaran ke Mesir?

>> Bantuan kewangan adalah tertakluk kepada usaha anda sendiri. Lazimnya, menurut misalan tahun-tahun lepas, ibu bapa memohon kepada bantuan Pusat Zakat @ Baitulmal @ Yayasan Negeri  masing-masing.

Pihak AQM boleh membantu menyediakan surat sokongan untuk memohon pengeluaran wang caruman KWSP.

Peluang mendapatkan ‘Tajaan’ adalah berdasarkan keputusan akhir Peperiksaan Tahun 1 pelajar di Mesir. Majoriti pelajar di Mesir memohon ke mana-mana institusi tajaan (spt: JPA, MARA, Yayasan Negeri, Syarikat Korporat,dll.) setelah mendapat keputusan akhir  Peperiksaan Tahun 1.

Namun, perkembangan terkini, kebanyakan tajaan untuk pengajian di negara Mesir telah ditutup dan berkemungkinan berubah mengikut keadaan semasa.


4-      Adakah terdapat sebarang kos sampingan (hidden cost) yang belum didedahkan oleh pihak AQM?

>> TIDAK.

Tiada sebarang kos sampingan yang bakal dikenakan oleh pihak AQM. Namun, kebiasaannya, ada pihak2 di Mesir yang akan mengenakan yuran kepada pelajar (spt: yuran persatuan, yuran program, dsb.)


5-      Siapakah yang akan menjaga kebajikan pelajar di Mesir?

>> Pihak AQM mempunyai ‘Pegawai Hal Ehwal Pelajar’ di Mesir. Lazimya, pelajar akan merujuk pegawai tersebut untuk urusan berkaitan universiti, perumahan, Kedutaan Malaysia, dan urusan-urusan rasmi yang lain.

Manakala, hal-hal berkaitan aktiviti pelajar, isu harian, program berkala, dan sebagainya, pelajar diberi ruang untuk menggunakan platform Persatuan Kebajikan Siswazah AQM (Siswa-AQ) yang telah ditubuhkan dan berdaftar di bawah Malaysian Student Department (MSD).


6-      Bagaimana pengurusan untuk mendapatkan visa pelajar di Mesir?

>> Di Mesir, pengurusan visa tidak semudah pengurusan di Malaysia. Lazimnya, pihak pelajar harus menunggu ‘Surat Pengesahan’ dari pihak universiti, dan juga ‘Kad Pelajar’ yang dipanggil ‘Kerneh’.

Permohonan visa harus dibuat oleh pihak pelajar sendiri, dan tiada wakil dibenarkan. Namun, pegawai AQM akan bersama-sama untuk mengiringi dan membimbing pelajar.


7-      Jika pelajar gagal dalam keputusan peperiksaan, adakah mereka terus dibuang (diberhentikan) dari universiti?

>> TIDAK.

Mereka akan diberi peluang untuk menduduki peperiksaan ulangan bagi subjek khusus yang gagal sahaja.

Jika masih gagal, mereka akan diberikan peluang untuk mengulangi tahun (sesi akademik) tersebut dan yuran yang sama akan dikenakan.


8-      Benarkah terdapat pelajar yang gagal, dan pulang ke Malaysia?

>> BENAR.

Kegagalan mereka adalah disebabkan sikap mereka sendiri yang ponteng ke kelas, dan tidak berminat untuk mempelajari kursus tersebut disebabkan paksaan ibu bapa.

Ada juga pelajar-pelajar yang terikut-ikut budaya negatif senior-senior yang malas ke kelas, dan asyik khayal bermain internet, menonton filem / drama Korea, bermain bola sepak, dll.

Namun, peratusan pelajar yang gagal dan mengulangi tahun (sesi akademik) adalah sangat sedikit, dan ada yang mengambil keputusan pulang ke Malaysia kerana tidak berminat dengan kursus tersebut walaupun diberi peluang oleh pihak universiti.


9-     Apakah tindakan AQM untuk mengatasi permasalahan pelajar seperti di atas?

>> AQM telah mengadakan 'Seminar Motivasi Kecemerlangan Pelajar' untuk menyuntik semangat menumpukan fokus kepada pelajaran, dan membuang anasir-anasir negatif yang boleh menimbulkan rasa malas dalam diri pelajar. Seminar ini adalah berkala dan diadakan setiap tahun secara terbuka.

Di samping itu, program-program berkala melalui platform Siswa-AQ diadakan untuk mengisi masa terluang dan memberi nilai tambah dalam diri pelajar.

AQM juga menyediakan Pusat Aktiviti Pelajar (Markaz AQM) untuk kegunaan pelajar, tanpa sebarang caj keahlian atau penggunaan ke atas markaz tersebut. Pelajar boleh menggunakan untuk tujuan bermesyuarat, solat hajat, study group, kelas Fardhu Ain, kelas Bahasa Arab, dsb.

Namun, pihak AQM berasa kesal kerana terdapat segelitir pelajar yang tidak mahu melibatkan diri dengan program-program berkala yang disediakan oleh pihak Siswa-AQ, yang akhirnya menyebabkan para pelajar tersebut ketinggalan maklumat-maklumat penting seperti peluang mendapatkan tajaan dan sebagainya.


10-   Adakah AQM menyediakan bantuan kewangan untuk pembayaran yuran tahun ke-2 dan seterusnya?

>> TIDAK.

AQM bukanlah badan kebajikan yang bersedia menyediakan kewangan untuk pembayaran yuran.

Namun, berdasarkan misalan tahun-tahun lepas, AQM telah membantu meringankan beban ibu bapa dan pelajar dengan mendapatkan maklumat institusi-institusi yang boleh memberi tajaan dan menyalurkan maklumat tersebut kepada pelajar, merayu bagi pihak pelajar agar yuran dikekalkan agar tiada kenaikan yuran pada tahun berikutnya, merayu bagi pihak pelajar untuk dilewatkan tarikh akhir pembayaran yuran, membantu membawa kiriman deraf2 bank untuk pembayaran yuran tanpa sebarang caj, membantu menyalurkan sumbangan peribadi individu tertentu kepada pelajar, dsb-nya.

AQM juga bersedia menerima sebarang sumbangan untuk disalurkan terus kepada pihak pelajar yang tidak berkemampuan untuk kos sara hidup di Mesir, mahupun untuk membayar yuran tahunan kepada pihak Universiti.

Alhamdulillah, dengan sumbangan beberapa pihak ibu bapa telah meringankan beban beberapa orang pelajar yang menghadapi masalah kewangan di Mesir.

Last Updated ( Wednesday, 25 March 2015 12:12 )