Wednesday, 13 December 2017
Pustaka Mini
Written by Administrator    Monday, 21 April 2014 12:48    PDF Print E-mail

Biro Akademik dan Kebajikan Siswa AQK sesi 14/15 telah merancang satu projek bersempena dengan kempen yang akan diadakan pada bulan Mei ini, iaitu Pustaka Mini, yang bertempat di Markas AQK.

Penubuhan Pustaka Mini ini bertujuan untuk:
1) memupuk semangat dan budaya membaca dalam kalangan pelajar demi melahirkan mahasiswa yang berkualiti,
2) menyediakan kemudahan seperti video ilmiah berdasarkan silibus fakulti masing2, peralatan perubatan serta pergigian, dan bahan rujukan antarabangsa bagi membantu proses pembelajaran,
3) menerapkan sifat kerjasama yang jitu sesama AJK serta bertanggungjawab dalam memastikan infrastruktur Pustaka Mini sentiasa terjaga.

Projek Pustaka Mini ini sedang dalam proses penubuhan sehinggalah tarikh perasmiannya pada 2 Mei 2014, di mana kerja-kerja pelaksanaannya dilakukan setiap minggu pada malam isnin, dengan kerjasama AJK-AJK pelaksana, di bawah seliaan Dr. Hazim bin Halim (tahun 3 kuliah perubatan) dan Dr. Nur Syamiyyah binti Mustafa Kamal (tahun 3 kuliah perubatan).

Projek ini juga secara tidak langsung melibatkan seluruh mahasiswa Malaysia di Mesir yang memberikan sumbangan berupa bahan bacaan, alat bantu belajar mahupun sumbangan dana.

Sambutan meriah bukanlah harapan semata, tetapi sejauh mana projek ini memberi manfaat kepada seluruh mahasiswa yang bersungguh-sungguh dalam menggali lautan ilmu.

Usaha pihak kami hanyalah sedikit´╝î dengan harapan dapat memberi impak positif kepada kita semua.


-Nurul Syamidah Jasnin