Wednesday, 13 December 2017
Z.A.C.H.A.D
Written by Administrator    Monday, 21 April 2014 10:35    PDF Print E-mail

Zagazig Charity Day 2014 ( ZACHAD '14)

Program ini telah berlangsung pada 28 Mac 2014 yang lalu bertempat di perkarangan Kuliah Perubatan Universiti Zagazig. Program bermula seawal 8.00 pagi dan berakhir pada 4.00 petang.

Objektif program:
1. Mencari keredhaan Allah dan barakatillah.
2. Mengeratkan ukhwah silaturrahim di kalangan pelajar – pelajar agensi AQM di Mesir ini.
3. Mengeratkan kerjasama dan semangat di kalangan mahasiswa dalam berorganisasi.
4. Memberi pengalaman kepimpinan kepada mahasiswa dalam menguruskan sesuatu program.
5. Memperkenalkan budaya Malaysia kepada pelajar-pelajar Arab Universiti Zagazig.
6. Mengumpul dana untuk disedekahkan kepada rumah anak yatim di Zagazig.

Program kali ini mempunyai sedikit kelainan dengan menampilkan budaya Islamik dalam kalangan penduduk di Malaysia. Bermula dari usaha ahli jawatankuasa untuk meminimakan ikhtilat di kalangan pelajar pada hari program sehingga pengisian sepanjang program seperti qasidah dan nasyid. Selaras dengan nama program, hari tersebut juga menjadi medan pelajar untuk beramal melalui beberapa saluran projek amal seperti The Tokmiah Project dan Program Ma3akum serta booth mederma darah daripada persatuan pelajar Arab.

Seusai sesi muhasabah, dapatlah kami konklusikan bahawa matlamat kami dalam penganjuran program ini berjaya direalisasikan. Bermula dari memperkenalkan budaya Islamik Malaysia ke ukhuwah sesama pelajar AQM dari Kaherah, Assiut dan Zagazig juga pelajar Arab, seterusnya kepada niat untuk membantu mereka yang memerlukan. Alhamdulillah ala kulli hal.


-Nur Shahirah Jaulin