Tuesday, 17 October 2017
Cara Penyediaan Bank Draft
Written by Administrator    Tuesday, 10 January 2012 15:31    PDF Print E-mail

Pembayaran yuran pengajian universiti untuk tahun dua hingga tahun 6 ialah melalui penyediaan bank draft. Ibu bapa mempunyai pilihan untuk:

1- Menyediakan bank draft di bank tempatan Malaysia dan mengirimkan (Poslaju) bank draft tersebut kepada pihak AQM untuk dihantar Mesir tanpa sebarang caj, ataupun..

2- Memasukkan duit ke dalam akaun pelajar, kemudian pelajar akan berurusan dengan pihak bank di Mesir untuk penyediaan bank draft di sana. Seterusnya para pelajar perlu menyerahkan bank draft tersebut kepada pegawai AQM di Mesir.

3- Menghubungi pegawai AQM dan menyatakan hajat memerlukan khidmat penyediaan bank draft melalui pegawai AQM (tidak digalakkan, tetapi boleh dijadikan pilihan sekiranya anda mempunyai kesulitan untuk menyediakan bank draft di bank dan menghantar ke pejabat AQM). Sila hubungi PEJABAT AQM.


******************************************

Berikut adalah langkah penyediaan bank draft untuk rujukan anda:-


Langkah 1: Sediakan bankdraft mengikut jumlah pembayaran yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.
Contoh: Perubatan Al-Azhar USD8000
Peringatan!
Sila bawa salinan Surat Tawaran Universiti untuk serahan di kaunter bank. Ini merupakan syarat baru oleh Bank Negara Malaysia.


Sebaik-baiknya sediakan bank draft melalui bank CIMB dan Maybank berdasarkan rekod tiada masalah di universiti.


Langkah 2: Pastikan nama ditaip dengan betul.

Garis panduan nama penerima Bank Draft:-

Uni. Al-Azhar:  PRESIDENT AL-AZHAR UNIVERSITY
Uni. Zagazig:   PRESIDENT ZAGAZIG UNIVERSITY
Uni. Tanta: DEAN FACULTY OF DENTISTRY, TANTA UNIVERSITY @ DEAN FACULTY OF MEDICINE, TANTA UNIVERSITY
Uni Mansoura: UNIVERSITY OF MANSOURA, EGYPT
Uni Alexandria: DEAN FACULTY OF MEDICINE ALEXANDRIA UNIVERSITY EGYPT @ DEAN FACULTY OF DENTISTRY ALEXANDRIA UNIVERSITY EGYPT
Uni Assiut: PRESIDENT ASSIUT UNIVERSITY
Uni Cairo: PRESIDENT CAIRO UNIVERSITY

Dilarang menambah apa-apa perkataan seperti 'THE' dan 'OF' yang tidak terkandung dalam garis panduan di atas. Sila ikuti ejaan yang disediakan di atas untuk mengelakkan bank draft ditolak oleh pihak universiti.
Contoh: 'PRESIDENT OF AL-AZHAR UNIVERSITY' (bank draft ini akan ditolak oleh pihak universiti)


Langkah 3: Sila tuliskan di bahagian belakang bank draft:
1- nama pelajar,
2- no kad pengenalan,
3- tahun pengajian, jurusan & universiti,
4- no telefon di Mesir.


Langkah 4: Serahkan kepada pihak AQM melalui serahan tangan atau POSLAJU sahaja.
Pos biasa dan Pos Ekspress tidak digalakkan.

CONTOH_BANK_DRAFT


* Nota:
Elakkan penyediaan bank draft melalui HSBC, Bank Islam, Public Bank, Bank Mualamat dan RHB kerana dikhuatiri bermasalah dengan penerimaan oleh pihak universiti. Ini berdasarkan pengalaman yang lepas.

 



Last Updated ( Friday, 18 December 2015 11:11 )