Thursday, 09 September 2010
|
MARA |
|
Written by Administrator
Tuesday, 23 February 2010 07:51 |
|
|
|
|
|
MARA
- Matlamat tajaan adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan terutama yang memerlukan bantuan kewangan untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan serta bidang-bidang lain yang dikenalpasti oleh MARA dari masa ke semasa
- Kadar bantuan pinjaman pelajaran MARA ditentukan berasaskan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi tertakluk kepada keadaan peruntukan kewangan MARA.
- Tajaan pelajaran MARA adalah khusus untuk calon-calon bumiputera sahaja selaras dengan Akta Majlis Amanah Rakyat 1966.
Syarat Am Bantuan Pinjaman Pelajaran MARA
Calon mestilah Melayu / bumiputera warganegara Malaysia
- Tidak pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin.
- Mendapat pelepasan kontrak / penangguhan bayaran balik jika pernah ditaja oleh badan lain untuk pengajian sebelumnya.
- Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji / pelepasan jawatan / kebenaran bertulis daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat.
- Diperakui sihat dan normal oleh doktor yang bertauliah.
- Pengajian sepenuh masa dalam dan luar Negara.
- Memenuhi syarat Status Sosio Ekonomi Keluarga seperti yang ditetapkan.
- Umur yang ditetapkan bagi setiap program yang dipohon :
|
Peringkat
|
Dalam Negara
|
Luar Negar
|
|
Diploma
|
tidak melebihi 35 tahun
|
-
|
|
Ijazah
|
tidak melebihi 40 tahun
|
30
|
|
Sarjana
|
tidak melebihi 45 tahun
|
35
|
|
PhD
|
tidak melebihi 45 tahun
|
40
|
http://www.mara.gov.my/dasar_tajaan
|
|
Last Updated ( Monday, 12 April 2010 17:08 )
|