|
PERKARA
|
TINDAKAN
|
|
1) Kelayakan masuk
Mendapat sekurang-kurangnya gred B (SPM 2009) / B4 (SPM 2008 dan sebelumnya) dalam peperiksaan SPM bagi semua matapelajaran (namun ada cara pengiraan markah sekiranya gred minima di atas tidak dipenuhi);
ATAU
A Level England dalam matapelajaran yang berkaitan;
ATAU
kelayakan-kelayakan lain seperti matrikulasi, diploma & degree yang berkaitan boleh dipertimbangkan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak universiti.
|
Kelayakan masuk
|
|
2) Mendaftar secara ‘online’ di www.aqm.my atau menghantar Borang Permohonan Pengajian di Mesir ke pejabat atau secara Poslaju ke Akademi Al-Qur’an – Medic Malaysia / AQM (muat-turun dari http://www.aqm.my/). Sertakan salinan Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan dan Keputusan SPM.
|
Semasa membuat permohonan, tarikh tutup (pengambilan berikutnya) pada 30 Jun 2010.
|
|
3) AQM akan mengeluarkan surat tawaran bagi pihak universiti kepada pelajar yang layak. Salinan surat dari universiti dan Kedutaan Malaysia di Mesir akan disertakan.
|
AQM
|
|
4) Pelajar segera buat pasport antarabangsa di Imigresen Malaysia dengan menggunakan surat tawaran belajar serta surat daripada universiti dan Kedutaan Malaysia bagi mendapat potongan 50% caj yuran pasport.
|
Sejurus terima surat tawaran / pengesahan tempat belajar.
|
|
5) Sila hantar kepada AQM (dengan Pos Laju):
a) 2 jenis borang yang diperlukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (Sijil Sokongan Luar Negara dan Surat Tiada Halangan Belajar di Luar Negara). Sila muat turun borang dari http://www.aqm.my/ atau http://www.mohe.gov.my/
Sila sertakan (keperluan KPT):
i) Cabutan Sijil Kelahiran yang asli – dapatkan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN);
ii) 2 salinan Sijil Kelahiran yang telah disahkan;
iii) 2 salinan Kad Pengenalan pelajar yang telah disahkan;
iv) 2 salinan sijil kelayakan akademik SPM dan STPM atau sijil-sijil yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia yang telah disahkan.
b) Dokumen / item lain yang diperlukan oleh AQM (hantarkan bersama borang-borang di atas secara Pos Laju):
i) Fotokopi muka pertama pasport antarabangsa pelajar (bagi tujuan membeli tiket penerbangan dan pendaftaran di universiti).
ii) Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa.
iii) Sejumlah 16 keping foto ukuran pasport bagi tujuan borang-borang KPT di atas, rekod AQM dan pendaftaran pelajar di Mesir (KPT Mesir, Universiti dan Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah). Tuliskan nama penuh pelajar di bahagian belakang foto tersebut pada setiap helaian foto.
|
Selewat-lewatnya pada 5 Julai 2010.
|
|
6) Bayaran yuran sejumlah RM18,000 (Kursus Perubatan dan Pergigian) atau RM20,000 (Kursus Farmasi) atau sejumlah RM5,200 (Kursus Ulum Islamiah) mengikut jadual pembayaran berikut:
KURSUS PERUBATAN
|
RM2,000.00
|
Dalam tempoh 14 hari selepas tarikh surat tawaran.
|
|
RM8,000.00
|
Selewat-lewatnya pada 15 Julai 2010.
|
|
RM8,000.00
|
Selewat-lewatnya pada 21 Ogos 2010.
|
KURSUS PERGIGIAN
|
RM2,000.00
|
Dalam tempoh 14 hari selepas tarikh surat tawaran.
|
|
RM8,000.00
|
Selewat-lewatnya pada 15 Julai 2010.
|
|
RM8,000.00
|
Selewat-lewatnya pada 21 Ogos 2010.
|
KURSUS FARMASI
|
RM2,000.00
|
Dalam tempoh 14 hari selepas tarikh surat tawaran.
|
|
RM9,000.00
|
Selewat-lewatnya pada 15 Julai 2010.
|
|
RM9,000.00
|
Selewat-lewatnya pada 21 Ogos 2010.
|
KURSUS ULUM ISLAMIAH
|
RM2,000.00
|
Dalam tempoh 14 hari selepas tarikh surat tawaran.
|
|
RM3,200.00
|
Selewat-lewatnya pada 21 Ogos 2010.
|
|
Rujuk Jadual Pembayaran. Pengesahan tiket akan dimaklumkan setelah pembayaran kedua dibuat.
|
|
7) Kursus Orientasi Pelajar selama seminggu akan diadakan untuk persediaan pelajar. Pelajar akan dipanggil untuk mengikuti kursus ini setelah pelajar membuat sekurang-kurangnya pembayaran pertama di atas.
Tarikh kursus dirangkakan pada 14 – 21 Ogos 2010.
|
|
|
8) Kursus Asas Bahasa Arab dan Persediaan selama 10 minggu ada dijalankan oleh beberapa pihak mewakili AQM (hubungi Ustaz Wan Zainuddin, Kota Bharu 012-988 2553 atau Ustaz Nor Azam, Bangi 016-322 6224). Sekiranya ada kemampuan, kursus ini sangat digalakkan diikuti oleh pelajar.
|
Pelajar terus menghubungi pihak yang menjalankan kursus berkenaan.
|
|
9) Anggaran kos sara hidup terkini yang selesa di Zagazig adalah RM500.00 sebulan manakala di Kaherah RM650.00 sebulan. Sila buka akaun Bank HSBC (“akaun bersama” pelajar dan ibu atau bapa, minimum deposit RM500.00), bagi memudahkan penghantaran wang sara hidup bulanan. HSBC mempunyai banyak cawangan di Mesir dan ATMnya berada di banyak tempat termasuk di dalam kampus.
|
Bulanan – ibubapa menghantar terus kepada pelajar.
|
|
10) Penerbangan ke Mesir dirangkakan mulai 20 September 2010. Keperluan pengangkutan dan logistik ketika tiba di Kaherah kelak akan diurus dan disediakan oleh pihak AQM. Jadual sebenar penerbangan akan dimaklumkan kemudian oleh AQM setelah mendapat pengesahan.
|
Luggage max 30 kg.
|
|
11) Kuliah dirangkakan bermula pada 27 September 2010.
|
Pihak universiti, Sekretariat AQM Mesir & Pelajar
|
|
NOTA:
Sila rujuk http://www.aqm.my/ dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat terkini.
|
Pelajar
|