Cara Memohon
1-
2- FAKS
Isi 'Borang Permohonan Pengajian', sediakan salinan K.P, Surat Beranak & Sijil SPM -> fakskan ke 03-8926 7043: atau
3- E-MAIL
Isi 'Borang Permohonan Pengajian', scan K.P, Surat Beranak & Sijil SPM -> email ke admin@aqm.my; atau
4-POSLAJU
Isi 'Borang Permohonan Pengajian', sediakan salinan K.P, Surat Beranak, Sijil SPM -> poskan ke alamat AQM melalui Poslaju.
Keterangan lanjut mengenai cara memohon, sila rujuk 'Aturan Permohonan'.
Untuk rujukan mengenai tindakan susulan, sila rujuk 'Jadual Tindakan Pelajar'.
Maklumat Peperiksaan
Peperiksaan Akhir sesi 2009/2010 (Final Examination) bagi universiti-universiti di Mesir dijadualkan akan berlangsung bermula 1 - 11 Mei 2010 (Peperiksaan Praktikal) dan 16 Mei - 4 Julai 2010 (Peperiksaan Bertulis).Manakala, Cuti Akhir Tahun (End-Year Break) pula pada 5 Julai - 25 September 2010 (3 bulan).

Sekiranya berlaku perubahan akan dimaklumkan kelak.
>>INFO SEMASA<<
Maklumat Penerbangan Terkini
Segala maklumat mengenai penerbangan terdapat dalam 'Jadual Tindakan Akhir 2010'.
(Sila klik untuk muat-turun 'Jadual Tindakan Akhir')
Penerbangan terbahagi kepada 3 kumpulan:
Pertama-> Egypt Air, 19 September 2010 (Ahad)
(Senarai penumpang, sila klik)
Kedua-> Gulf Air, 19 September 2010 (Ahad)
(Senarai penumpang, sila klik)
Ketiga-> Kuwait Air, 21 September 2010 (Selasa)
(Senarai penumpang, sila klik)
Peringatan!!
Tarikh tutup untuk pembayaran yuran ke-tiga ialah 21 Ogos 2010. Tarikh tersebut dilanjutkan kepada 9 September 2010 (sebelum Hari Raya Aidilfitri).
Pembayaran tersebut sangat penting untuk penyediaan Yuran Pengajian Tahun 1 (tuition fee) kepada pihak Universiti di Mesir, harap maklum. Terima kasih.
Peringatan Awal Penyediaan Yuran Tahun 2
Pihak AQM ingin mengingatkan para ibu-bapa sekalian agar membuat persediaan awal untuk pembayaran yuran Tahun 2 sebanyak USD8000 (Perubatan dan Pergigian), dan USD5000 (Farmasi), untuk mengelakkan sebarang permasalahan di universiti.
Manakala, pengurusan permohonan tajaan akan mengambil sedikit masa, dan sekiranya pihak ibu bapa hanya bergantung kepada bantuan / tajaan ianya akan melewatkan pembayaran yuran kepada pihak universiti.
Yuran Pengajian Perubatan Tahun 2 di Universiti Zagazig, boleh dibayar secara 4 kali ansuran (USD2000 X 4).
>> untuk mengetahui cara pembayaran, sila rujuk artikel di bawah bertajuk 'CARA PEMBAYARAN YURAN TAHUN 2'.
Permohonan Tajaan JPA dan NOC-KPT
Permohonan Tajaan JPA dibuka dari 1 - 31 Julai 2010. Anda perlu memohon secara online di laman web JPA -> http://www.esilav2.gov.my
Permohonan perlu dimulakan dengan mendaftar sebagai pengguna baru (hanya kepada yang belum pernah memohon), kemudian mengisi borang online, dan menghantar borang tersebut ke KPT beserta lampirannya. Ketiga-tiga langkah tersebut perlu dilengkapkan untuk memastikan permohonan anda akan diproses.
Untuk mendaftar sebagai 'Pengguna Baru': Sila Klik
Untuk memohon secara 'Online': Sila Klik
>>Peringatan: Sila lampirkan bersama -> 'Terjemahan Slip Keputusan Peperiksaan', 'Salinan Passport', dan 'Sijil NOC'.
Sijil NOC boleh didapati dengan mengisi dan menghantar 'Borang Sijil Sokongan Luar Negara' dan 'Borang Surat Tiada Halangan' yang terkini (SSLN & STH 2010) ke pihak KPT. Walaupun anda pernah mengisi borang tersebut, permohonan Sijil NOC memerlukan borang yang baru (Tahun 2010).
Untuk memuat-turun 'Borang SSLN 2010':Sila KLik
Untuk memuat-turun 'Borang STH 2010': Sila Klik
'MAKLUMAT EJEN PENEMPATAN LUAR NEGARA' - Borang SSLN 2010 (Sila Klik)
AQM Memerlukan Terjemahan Slip Keputusan Tahun 1 & 2 untuk mendapatkan STH (NOC - KPT)
Alhamdulillah, pihak AQM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pelajar yang lulus dalam peperiksaan baru-baru ini. Setiap pelajar dikehendaki menghantar keputusan peperiksaan mereka kepada AQM (samada dengan tangan @ poslaju @ emel) bagi urusan permohonan Surat Tiada Halangan (STH @ NOC) daripada KPT Malaysia secara kelompok.
Pelajar Tahun 1: hantarkan keputusan peperiksaan Tahun 1.
Pelajar Tahun 2: hantarkan keputusan peperiksaan Tahun 1 dan 2.
Selamat maju jaya meneruskan kecemerlangan pengajian dan sahsiah, insyaAllah. Sekian, terima kasih.
Cara Pembayaran Yuran Tahun 2

Mohon buatkan bank draft atas nama PRESIDENT AL-AZHAR UNIVERSITY dalam matawang US Dollar. Yuran Tahun 2 sejumlah USD8,000. Pastikan nombor bank draft ada tertulis di bahagian bawah bank draft tersebut. Tuliskan nama penuh pelajar di bahagian belakang bank draft. Hantarkan bank draft tersebut kepada kami di AQM samada dengan tangan atau PosLaju. Terima kasih.
(Sila klik untuk melihat contoh)
>Tahun 2 Kursus Perubatan, Universiti Zagazig:
Mohon buatkan bank draft atas nama PRESIDENT ZAGAZIG UNIVERSITY dalam matawang US Dollar. Yuran Tahun 2 sejumlah USD8,000. Pastikan nombor bank draft ada tertulis di bahagian bawah bank draft tersebut. Tuliskan nama penuh pelajar di bahagian belakang bank draft. Hantarkan bank draft tersebut kepada kami di AQM samada dengan tangan atau PosLaju. Terima kasih.
(Sila klik untuk melihat contoh)
>Tahun 2 Kursus Pergigian, Universiti Mansoura:
Mohon buatkan bank draft atas nama MANSOURA UNIVERSITY dalam matawang Great Britain Pound (GBP). Yuran tahun 2 sejumlah GBP1,800. Pastikan nombor bank draft ada tertulis di bahagian bawah bank draft tersebut. Tuliskan nama penuh pelajar di bahagian belakang bank draft. Hantarkan bank draft tersebut kepada kami di AQM samada dengan tangan atau PosLaju. Terima kasih.
(Sila klik untuk melihat contoh)
Pakej Ziarah Dan Percutian Ke Mesir
Pelbagai pakej percutian yang sesuai untuk ibu-bapa dan keluarga untuk menziarah bumi anbiyaa' Mesir di samping bercuti bersama anak-anak pelajar.
Sila klik pilihan di bawah:-
1. Kembara Jejak Rasul (2) ke Mesir
atau,
3. Hubungi Al-Falah Services di talian 019-260 0790 atau 019-216 7103 yang menawarkan pilihan pakej:
a. Pakej Biasa (Penginapan di pusat bandar Kaherah @ Zagazig).
b. Pakej Khas Untuk Ibu-Bapa Pelajar (Penginapan berhampiran penginapan pelajar Kaherah @ Zagazig).

Perkarangan Masjid Al-Azhar